Penulen Udara



Terfikirkah kita mengenai kualiti udara yang kita hirup di dalam bangunan atau rumah setiap hari? Boleh dikatakan hampir 90% daripada kehidupan dihabiskan dalam bangunan seperti pejabat dan rumah. Walaupun rumah  kita nampak kemas dan bersih di mata, ia mungkin penuh dengan pencemaran selagi manusia hidup di dalamnya dan terdapat pengudaraan didalamnya. Selain itu, udara yang berbau harum tidak menjamin udara tersebut segar dan bersih.


            Menurut Perunding Perubatan dan Gastroenterologi, Datuk Dr. A. Shukri Md. Salleh, udara di kawasan dalam rumah, ruang pejabat, sekolah, hospital dan tempat-tempat awam yang lain lebih mudah tercemar kerana ia tertutup. Tambahnya lagi, hal itu turut didorong oleh reka bentuk kediaman hari ini yang mana kebanyakannya tidak mmepunyai sistem pengudaraan yang baik. Selain itu, faktor kelembapan tropika menjadikan bakteria dan mikroorganisma yang tidak kelihatan dengan mata kasar mudah membiak.


Udara dalam bangunan yang tidak baik memudaratkan kesihatan semua terutamanya kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan mereka yang mempunyai daya tahan penyakit yang rendah. Sistem imunisasi mereka yang lemah akan memudahkan jangkitan penyakit berkaitan paru-paru seperti asma. Bahan cemar dalam udara yang tidak kelihatan kerana saiz partikel yang halus boleh sampai ke cabang paru-paru yang kecil dan mengakibatkan asma. Jika dibiarkan berlarutan, masalah tersebut boleh menyebabkan bronkitis dan penyakit berkaitan paru-paru yang lain. Selain itu, simptom-simptom seperti kegatalan dan alahan pada kulit, sinusitis, batuk-batuk, pening kepala dan lemah badan member petunjuk bahawa udara yang kita sedut adalah udara yang tercemar. 

BAGAIMANA KITA BOLEH MENINGKATKAN KUALITI UDARA DALAM RUMAH?
  1. Sistem aliran pengudaraan yang bagus - buka tingkap / pintu rumah anda. Izinkan udara segar di luar rumah berkitar di dalam rumah.
  2. Gunakan bahan-bahan "eco-friendly" - Apabila mengubah suai rumah, gunakan peralatan/bahan seperti cat yang mesra alam atau "chemical free".
  3. Gunakan sistem penulen udara yang terbaik - Di pasaran terdapat pelbagai jenis penapis udara, maka jadilah pengguna bijak yang boleh membuat pilihan yang terbaik untuk seisi keluarga.
SISTEM PENULEN UDARA TERBAIK - COWAY!










Anda akan menikmati semua faedah berikut

Produk check up dan sanitasi PERCUMA setiap 2 bulan sekali


Penukaran penapisan PERCUMA secara berkala
Alat ganti dan jaminan PERCUMA

Perkhidmatan adalah PERCUMA dalam tempoh sewaan 
(min 2 tahun, mak 5 tahun)
atau
dalam tempoh SATU tahun bagi belian tunai

APA TUNGGU LAGI?
CEPAT DAPATKAN HARI INI
ANDA SANGAT MEMERLUKAN MEREKA
HUBUNGI KAMI SEGERA!

No comments:

Post a Comment