Coway
ialah syarikat penapis air antarabangsa pertama memperoleh Sijil HALAL dari
JAKIM. Kebanyakan syarikat penapisan air di Malaysia mengimport penapis dari negara
China atau Taiwan lalu melabelkan dengan jenama sendiri. Ini menimbulkan
keraguan tentang sumber pembuatan penapis tersebut. Hampir kebanyakannya
menggunakan ceramik atau tulang haiwan sebagai bahan penapis air di dalam sistem
penapisan air mereka. Kita sebagai pengguna terutamanya yang beragama Islam seharusnya peka kepada isu halal haram penapis air yang kita gunakan. Kita berhak meragui dan mempersoalkan kehalalan lambakan pelbagai jenis penapis air yang berada di pasaran Jangan kerana harganya lebih MURAH, kita mengabaikan aspek terpenting ini.
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
Soalan cepu cemas untuk anda; Binatang ternakan apakah yang paling banyak di negara China?